Website: Kemaskini Borang SPA8 dan E-Recruitment Secara Online & KDB Sesi II September 2019

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran peserta yang ingin membuat semakan dan kemaskini borang SPA8 dan E-Recruitment Secara Online di Pusat Internet Semop. Kelas terdiri daripada seorang peserta yang berumur 33 tahun yang merupakan pekerja swasta dan surirumah tangga. Kelas bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang.

Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan E-Recruitment Kerajaan Sarawak. Oleh itu, bagi calon yang belum memiliki akaun SPA, calon hendaklah mendaftar terlebih dahulu, sila semak cara-cara pertama kali mendaftar dengan SPA. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Begitu juga cara untuk mendaftar E-Recruitment secara online.

Terima kasih dan syabas kepada peserta yang berjaya mengisi borang SPA8 dan E-Recruitment dengan jayanya. Semoga beroleh kejayaan dalam apa yang anda kejar. Tahniah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali